Cari:
Rusia dan Iran Tegas Pentingnya Pelaksanaan Perjanjian Nuklear Iran
2018-01-11 11:03:08 CRI Cetak

Perjanjian komprehensif nuklear Iran perlu terus dilaksanakan. Sekiranya perjanjian itu tergendala kerana tindakan sepihak Amerika Syarikat (AS), keselamatan antarabangsa dan serantau akan menghadapi kesan negatif manakala usaha masyarakat antarabangsa untuk mengawal percambahan nuklear juga akan menghadapi kebuntuan.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ketika ditemui rakan sejawatnya dari Iran, Mohammad Javad Zarif di Moskow semalam.

Sergei Lavrov berkata, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano menjelaskan bahawa Iran telah melaksanakan janjinya yang termaktub dalam perjanjian komprehensif tersebut. Rusia menggesa pelbagai pihak terlibat agar terus melaksanakan perjanjian itu dan menegaskan pentingnya perjanjian ini bagi memelihara kestabilan serantau dan menyekat peluasan senjata pemusnah besar-besaran.

Presiden AS, Donald Trump menolak untuk mengesahkan Iran menunaikan perjanjian tersebut kepada Kongres negara itu pada 13 Oktober lalu. Menurutnya, sekiranya kerajaan tidak dapat mencapai pelan penyelesaian baharu dengan kongres serta negara-negara sekutu, mana negara itu akan menarik diri daripada perjanjian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China