Cari:
Angka Kematian Migran Haram di Mediteranean Meningkat
2018-01-11 11:59:00 CRI Cetak

Menurut maklumat Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM), hampir 200 orang migran haram maut atau hilang di Laut Mediteranean pada 1 hingga 9 Januari lalu.

Angka ini banyak meningkat berbanding bulan lalu yang mencatatkan 27 orang.

Kebanyakan mangsa maut atau hilang dalam perjalanan dari Libya ke Itali. Dalam kemalangan kapal karam yang berlaku pada Selasa lalu, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 279 orang di kawasan perairan dekat Libya, namun masih ada lebih kurang 100 orang masih dilaporkan hilang.

Menurut data IOM, ada 170 ribu pelarian dan migran haram tiba di Eropah melalui Mediteranean pada tahun lalu, angka ini menurun separuh berbanding dengan tahun 2016. Namun sebanyak 3,060 migran haram maut di perairan tersebut. Angka ini melebihi 3,000 selama empat tahun berturut-turut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China