Cari:
PBB Sokong Pilihan Raya Libya
2018-01-11 16:15:10 CRI Cetak

Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jeffrey Feltman berkata, pilihan raya merupakan satu-satunya pendekatan bagi Libya mewujudkan kedamaian.

Beliau berkata demikian ketika menemui Perdana Menteri kerajaan perpaduan nasional Libya, Fayez el-Sarra di Tripoli semalam.

Feltman berkata, undang-undang pilihan raya, dan pungutan suara perlembagaan sebelum pilihan raya juga amat penting. PBB akan memberi sokongan penuh kepada proses damai dan demokratik Libya tahun ini.

Setakat ini, pemimpin-pemimpin Libya dan pelbagai pihak negara itu telah menyatakan keinginan kuat untuk mengadakan pilihan raya.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Tertinggi Libya, sebanyak dua juta pengundi iaitu sepertiga rakyat Libya telah berdaftar untuk membuang undi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China