Cari:
Perdagangan Luar Barangan China 2017 Meningkat
2018-01-12 14:26:10 CRI Cetak

Jumlah perdagagngan luar barangan China mencecah RMB27.79 trilion (RM17.05 trilion) pada tahun 2017, meningkat 14.2% berbanding tahun 2016. Ini peningkatan pertama setelah perdagangan barangan China mengalami penurunan selama dua tahun.

Demikian data statistik terkini yang diumumkan Jabatan Pentadbiran Kastam China (CGAC) hari ini.

Jurucakap CGAC, Huang Songping menyatakan, jumlah eksport barangan China pada tahun lalu meningkat 10.8% manakala jumlah import pula meningkat 18.7%. Lebihan dagang mencecah RMB2.87 trilion.

Selain itu, perdangangan China dengan Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan ASEAN menempati lebih 40% daripada jumlah keseluruhan. Jumlah perdagangan China ke Rusia, Poland dan Kazakhstan masing-masing meningkat 23.9%, 23.4% dan 40.7%, lebih tinggi daripada peningkatan purata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China