Cari:
EU Tegas Pelihara Perjanjian Nuklear Iran
2018-01-12 14:28:16 CRI Cetak

Pesuruhjaya tinggi Kesatuan Eropah (EU) atas dasar luar dan keselamatan, Federica Mogherini, serta Menteri Luar dari Perancis, Jerman dan Britain menegaskan EU dan anggotanya menyokong teguh dan akan terus melaksanakan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran.

Mereka menegaskan pendirian EU itu setelah berunding dengan Menteri Luar Iran, Javad Zarif di Brusel semalam.

Mogherini menyatakan, perjanjian nuklear Iran sedang menuju ke sasaran utamanya, iaitu memantau teliti rancangan nuklear Iran. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah mengesahkan dalam sembilan laporannya bahawa Iran telah menunaikan janjinya bagi perjanjian tersebut.

Beliau menegaskan, perjanjian nuklear Iran merupakan perjanjian multileteral yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB, dan juga salah satu komponen penting dalam sistem kawalan nuklear global. Ia amat penting bagi keselamatan serantau dan Eropah.

Mogherini menambah, masalah seperti pembinaan peluru berpandu balistik dan ketegangan situasi serantau tidak terkandung dalam perjanjian nuklear Iran, dan masalah itu akan diselesaikan melalui saluran yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China