Cari:
China dan UNDP Sediakan Bantuan Kemanusiaan kepada Nepal
2018-01-12 14:28:25 CRI Cetak

Duta Besar China ke Nepal, Yu Hong dan Pengarah Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) di Nepal, Renaud Meyer semalam menandatangani perjanjian di Kathmandu untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada mangsa di kawasan yang dilanda bencana banjir di Nepal.

Dataran Terai di selatan Nepal dilanda banjir dahsyat pada Ogos tahun lalu. Sebanyak 35 kawasan dilanda banjir. Bencana itu mengakibatkan kira-kira 160 orang maut dan 1.7 juta orang menjadi mangsa.

Menurut perjanjian berkenaan, kerajaan China akan menyediakan dana khas sejumlah USD4 juta kepada UNDP untuk menyediakan bantuan kemanusiaan termasuk selimut, alat masak, khemah pencegah nyanyuk, penapis air dan barang-barang kesihatan kepada 31,800 keluarga yang terjejas dalam bencana banjir itu.

Barang bantuan kumpulan pertama dijangka akan diedarkan kepada mangsa dalam masa seminggu akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China