Cari:
Perdagangan Luar Barangan China 2017 Meningkat
2018-01-13 15:21:03 CRI Cetak

Jumlah perdagagngan luar barangan China mencecah RMB27.79 trilion (RM17.05 trilion) pada tahun 2017, meningkat 14.2% berbanding tahun 2016. Ini peningkatan pertama setelah perdagangan luar barangan China mengalami penurunan selama dua tahun. Perdagangan luar China dijangka mengekalkan pertumbuhan mampan pada tahun ini.

 Demikian data statistik terkini yang diumumkan Jabatan Pentadbiran Kastam China (CGAC) semalam. Jurucakap CGAC, Huang Songping menyatakan, seiring dengan pemulihan ekonomi dunia, permintaan luar meningkat. China melakasanakan pelbagai polisi untuk meningkatkan import, menyempurnakan dasar kewangan berkaitan, memudahkan proses pengimportan, sehingga membawa pengaruh positif terhadap pengimportan China. Selain itu, perdangangan China dengan Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan ASEAN menempati lebih 40% daripada jumlah keseluruhan. Jumlah perdagagngan luar barangan China ke negara-negara terlibat dalam inisiatif Jalur dan Lalauan (B&R) mencecah RMB7.37 trilion (RM4.51 trilion) pada tahun 2017, meningkat 17.8% berbanding tahun 2016. Angka ini menduduki 26.5% daripada jumlah perdagangan luar China. Beliau menambah, ekonomi dunia dijangka akan terus pulih pada tahun ini. Ekonomi China akan mengekalkan pertumbuhan mampan dan menyediakan suasana baik bagi perdagangan luar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China