Cari:
Trump Batalkan Lawatan ke Britain
2018-01-13 15:15:33 CRI Cetak

Lawatan Presiden Amarika Syarikat (AS), Donald Trump ke Britain bulan depan akan dibatalkan, dan beliau tidak akan merasmikan bangunan baharu Kedutaan Besar AS di Britain.

Demikian dikeluarkan oleh Trump melalui akaun media sosialnya pada malam 11 Januari lalu. Trump berkata beliau membuat keputusan ini kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mantan Presiden, Barack Obama yang menjual bangunan lama kedutaan besar AS serta memperuntukkan dana yang besar untuk membina bangunan kedutaan yang baharu di tempat terpencil. Beliau enggan merasmikan bangunan baharu itu dan menyifatkannya "urus niaga yang buruk" oleh pemerintah Obama.

Menurut laporan BBC semalam, Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson mungkin akan melawat Britain dan menggantikan Trump untuk merasmikan Kedutaan Besar baharu itu.

Walau bagaimanapun, jurucakap Perdana Menteri Britain memberitahu media, Trump akan melawat ke Britain, cuma beliau tidak akan merasmikan kedutaan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China