Cari:
Iran: Niat AS Sabotaj Perjanjian Nukelar Iran Sia-sia
2018-01-14 14:17:21 CRI Cetak

Kenyataan terkini Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang ingin mensabotaj perjanjian komprehensif isu nuklear Iran adalah sia-sia sahaja.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif membuat kenyataan tersebut melalui akaun twitternya pada malam 12 Januari lalu.

Menurutnya, perjanjian ini tidak dapat dirundingkan lagi, AS sepatutnya mematuhi janjinya sepertimana tindakan Iran.

Trump mengeluarkan kenyataan Jumaat lalu yang mendakwa pihaknya akan melanjutkan tempoh kekebalan sekatan terhadap Iran untuk kali terakhir. Menurutnya, terdapat kesilapan yang serius dalam perjanjian itu. Beliau menggesa Kongres AS dan negara-negara Eropah bersetuju untuk meminda fasal dalam perjanjian ini, dan menambah kandungan bagi membendung Iran daripada menjalankan aktiviti peluru berpandu balistik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China