Tentera Turki melancarkan serangan terhadap beberapa pangkalan kumpulan militan Kurdish yang terletak di kawasan Afrin, provinsi Aleppo, barat laut Syria semalam.
Menurut laporan media tempatan, serangan itu dilancarkan dari dua pangkalan yang masing-masing terletak di wilayah Turki dan Syria, untuk membanteras kumpulan militan Parti Pekerja Kurdish (PKK) dan Parti Perikatan Demokratik Kurdish (KDP. Sekurang-kurangnya 36 kali serangan meriam dijalankan.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam satu perhimpunan di provinsi Elazig semalam berkata, tentera Turki akan meneruskan serangan itu sekiranya militan Kurdish di Afrin tidak menyerahkan diri segera.
Beliau menegaskan bahawa Turki tidak akan berganjak mengambil tindakan ketenteraan untuk menjaga keselamatan sendiri.