Cari:
Iran Tolak Ubah Perjanjian Isu Nuklear
2018-01-15 12:11:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Iran tidak akan menerima sebarang perubahan terhadap perjanjian komprehensif isu nuklear yang dicapai pada Julai 2015.

Demikian menurut Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani pada 14 Januari lalu.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebelum ini berkata pihaknya akan melanjutkan pengecualian sekatan terhadap Iran untuk kali terakhir, sambil memberi amaran akan menarik diri daripada perjanjian tersebut kecuali kecacatan dalam perjanjian itu dapat dibaiki.

Jabatan Perbendaharaan AS turut mengenakan sekatan terhadap 14 individu dan syarikat Iran yang didakwa mencabuli hak asasi manusia dan terlibat dalam program peluru berpandu balistik.

Larijani dalam sidang Parlimen di Tehran semalam menyatakan bahawa kenyataan Trump itu berniat untuk mensabotaj perjanjian komprehensif isu nuklear Iran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China