Tiga tahun yang lalu, Wu Guiying bertugas sebagai "pembantu rumah" di Shenzhen dengan gaji bulanannya mencatat lebih RMB10 ribu (RM6,143).
Tetapi, setelah diberitahu bahawa ibu mertuanya tidak mampu lagi menjaga ayah mertuanya yang telah menghidap penyakit demensia umur lanjut, Wu memutuskan balik ke kampung halaman di Sichuan. Katanya, "Mereka sudah tua dan amat memerlukan saya.
Inilah tanggungjawab dan juga kewajipan generasi anak."