Cari:
AIIB Bukan Bank Milik China
2018-01-16 15:20:35 CRI Cetak

Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) bukan bank milik China, tetapi sebuah institusi antarabangsa multilateral.

Demikian dinyatakan Presiden AIIB, Jin Liqun dalam Forum Kewangan Asia di Hong Kong semalam.

Kata beliau, anggapan bahawa AIIB milik China adalah salah walaupun bank itu ditubuhkan atas inisiatif China.

AIIB merupakan sebuah institusi antarabangsa multilateral melibatkan 57 anggota pengasas bagi melengkapi Bank Dunia dan institusi kewangan global lain.

Kini, AIIB mempunyai 84 anggota yang akan terus bertambah pada masa akan datang.

Jin turut menyeru institusi antarabangsa memperkasakan kerjasama dalam projek infrastruktur berskala besar, yang sukar didanai sepenuhnya oleh sebuah bank sahaja.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China