Cari:
Iran Kecam Penempatan Tentera AS di Syria
2018-01-17 14:28:14 CRI Cetak

Kementerian Luar Iran mengecam rancangan AS menempatkan tentera di sempadan Syria dengan Turki dan Iraq sebagai "campur tangan terang-terangan" dalam urusan domestik Syria.

Jurucakapnya, Bahram Qasemi berkata rancangan AS itu akan merumitkan situasi di Syria dan membawa pergolakan lebih buruk.

Beliau menggesa Washington mengubah dasar-dasar yang dikatakan "membawa kemusnahan" di Asia Barat.

Kecaman serupa turut dibuat oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin, yang menegaskan "tindakan berbahaya AS itu perlu dicantas dari akar".  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Pasir Dilitupi Salji

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China