Cari:
Rusia: Mesyuarat Vancouver Tegangkan Situasi
2018-01-18 15:14:56 CRI Cetak

Mesyuarat menteri luar berhubung isu nuklear Semenanjung Korea yang diadakan di Vancouver, Kanada pada 16 Januari lalu gagal membuahkan hasil positif, sebaliknya mungkin menegangkan lagi situasi di semenanjung itu.

Kementerian Luar Rusia semalam mengulas bahawa Rusia dan China tidak diundang ke mesyuarat itu, namun "dipertanggungjawabkan" untuk mengemukakan saranan berkesan bagi menyelesaikan isu nuklear Semenanjung Korea.

Sebenarnya seawal Julai tahun lalu, Rusia dan China telah mengemukakan saranan agar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) membatalkan program nuklear dan peluru berpandu, manakala AS dan Korea Selatan menghentikan latihan ketenteraan bersama berskala besar.

Setakat ini, tiada cadangan penyelesaian lain yang boleh menggantikan saranan Rusia dan China itu.

Pihak-pihak yang menghadiri mesyuarat tersebut dilaporkan bersetuju mempertimbangkan tekanan lebih berat kepada DPRK.

Kementerian Luar Rusia menyifatkan sekatan yang dimaksudkan dan tindakan diplomatik berkenaan telah menjangkaui lingkungan resolusi Majlis Keselamatan PBB.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China