Bekalan minyak seluruh dunia meningkat pada Disember lalu, dan dijangka terus bertambah tahun ini berikutan kenaikan output pengeluar minyak bukan anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
Jangkaan ini dibuat OPEC dalam laporan bulanannya semalam.
OPEC dalam laporan itu menaikkan unjuran pertambahan bekalan minyak bukan anggotanya sebanyak 1.15 juta tong sehari kepada 58.94 juta tong sehari sepanjang tahun ini.
Antara negara bukan OPEC yang diramalkan mencatat peningkatan output melebihi jangkaan, AS, Kanada, Mexico, Britain, Denmark, Indonesia dan Amerika Latin.