Cari:
Siasatan Sanchi Ikut Konvensyen Antarabangsa
2018-01-20 14:09:33 CRI Cetak

China akan menjalankan siasatan rapi terhadap kemalangan membabitkan kapal tangki Iran, Sanchi berdasarkan konvensyen antarabangsa dan undang-undang domestik.

Pihak-pihak terlibat diundang menyertai siasatan berkaitan.

Dalam maklum Naib Ketua Pengarah Pusat Pencarian dan Penyelamatan Maritim China (CMSRC), Zhi Guanglu dalam sidang akhbar Kementerian Pengangkutan bersama pusat tersebut, di Beijing semalam.

Menurut beliau, selepas insiden berkenaan berlaku, China segera menghantar beberapa kapal untuk melaksanakan misi menyelamat. Pada masa yang sama, China telah memaklumkan keadaan kepada Iran, Bangladesh, Jepun, Korea Selatan dan Rusia serta Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), di samping mengekalkan komunikasi erat dengan pihak Iran.

China akan meningkatkan lagi komunikasi dan penyelarasan dengan IMO bagi memastikan siasatan dilakukan secara objektif dan adil.   

Timbalan Pengarah Bahagian Perlindungan Ekologi, Jabatan Pentadbiran Lautan Negara (SOA) China, Huo Chuanlin pula memaklumkan bahawa setakat ini tiada pencemaran dikesan di perairan berkenaan.

Kapal Sanchi didaftarkan di Panama, yang membawa muatan 136,000 tan minyak mentah dilaporkan terbakar sebelum tenggelam selepas merempuh kapal CF Crystal kira-kira 160 batu nautika dari pantai berhampiran Shanghai pada 6 Jan lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China