Cari:
Iran Hargai Usaha SAR China
2018-01-20 14:42:37 CRI Cetak

Iran menghargai usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan China susulan insiden kapal tangki Sanchi tenggelam selepas merempuh kapal CF Crystal pada 6 Januari lalu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang akhbar semalam berkata selepas insiden itu berlaku, China mengekalkan komunikasi yang lancar dan berkesan dengan pihak Iran.

Menteri Buruh, Kerjasama dan Kebajikan Sosial Iran, Ali Rabiei dalam surat ucapan terima kasih kepada Duta Besar China ke Iran kelmarin menyatakan bahawa China telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan anak kapal dan memadamkan kebakaran.

Beliau bagi pihak Presiden Iran dan pengerusi jawatankuasa siasatan nahas berkenaan serta kerajaan dan rakyat Iran merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat China, khususnya pasukan penyelamat yang sanggup menggadai nyawa menyelamatkan krew di bawah ancaman gas beracun dan letupan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China