Cari:
Bantuan China Untungkan Negara Pasifik
2018-01-20 15:56:05 CRI Cetak
Tuduhan Menteri Pembangunan Antarabangsa dan Hal Ehwal Pasifik Australia mengenai program bantuan China kepada negara-negara Pasifik adalah tidak benar dan tidak bertanggungjawab.

Duta Besar China ke Australia, Cheng Jingye dalam artikel bertajuk "Bantuan China Untungkan Negara Pasifik" yang diterbitkan dalam akhbar "Financial Times" Australia semalam, menyatakan bahawa tuduhan pegawai berkenaan dipersoalkan oleh negara-negara di kepulauan Pasifik termasuk Samoa, Papua New Guinea dan Fiji, dan turut mencetuskan kritikan masyarakat tempatan.

Artikel itu menyebut, sama ada program bantuan China berkesan, hanya rakyat dan kerajaan negara-negara di kepulauan Pasifik mempunyai hak bersuara. Program berkenaan benar-benar menguntungkan rakyat tempatan.

Pegawai Australia dan media yang berkaitan perlu mengetepikan prasangka ideologi terhadap China, sebaliknya harus bersandarkan kepada fakta sebenar dan berhenti membuat tuduhan tidak berasas terhadap bantuan ikhlas China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China