Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengadakan mesyuarat empat pihak di ibu pejabatnya di Lausanne, Switzerland semalam untuk membincangkan penglibatan bersama Korea Selatan dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang bulan depan, termasuk saiz kontijen dan acara yang disertai DPRK.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden IOC, Thomas Bach itu turut dihadiri wakil-wakil Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang serta pegawai kanan kerajaan Korea Selatan dan DPRK.
Hasil perbincangan, DPRK akan menghantar kontijen seramai 22 atlet ke temasya tersebut.
Selain itu, satu pasukan hoki ais wanita melibatkan atlet kedua-dua negara akan ditubuhkan.
Mesyuarat tersebut juga menyaksikan pemeteraian Perisytiharan Sukan Olimpik Semenanjung Korea.