Cari:
Mesir Sokong Palestin Beribu Negara Baitulmuqaddis Timur
2018-01-21 14:53:36 CRI Cetak

Mesir berdiri teguh bersama-sama Palestin, menyokong usaha mempertahankan hak rakyatnya serta menubuhkan negara merdeka yang beribu negara Baitulmuqaddis Timur.

Demikian ditegaskan semula oleh Presiden Mesir, Abdul Fattah el-Sisi ketika bertemu dengan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence di Kaherah semalam.

Jurucakap Pejabat Presiden Mesir dalam satu kenyataan berkata, Pence menghargai peranan Mesir dalam rundingan damai Palestin-Israel serta sumbungannya terhadap keselamatan dan kestabilan Asia Barat.

Beliau turut menyifatkan Mesir sebagai rakan strategik yang penting bagi AS.

Lawatan Pence yang asalnya dijadualkan pada Disember lalu, terpaksa ditunda susulan keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Pence juga pegawai tinggi AS pertama yang melawat Asia Barat selepas itu.

Selain Mesir, beliau juga akan melawat Jordan dan Israel.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China