Cari:
Turki Lancarkan Misi Ketenteraan terhadap Afrin, Syria
2018-01-22 12:43:53 CRI Cetak

Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim mengumumkan pada 21 Januari bahawa pasukan tentera Turki telah merentas sempadannya dengan Syria pagi semalam untuk melancarkan misi ketenteraan darat terhadap Afrin, kawasan utara Syria. Pada hari yang sama, provinsi Hatay Turki yang terletak di kawasan sempadan dengan Syria mengalami serangan roket yang mengakibatkan seorang maut dan 32 lagi cedera.

Yildirim ketika menyampaikan ucapan di Istanbul semalam mengatakan bahawa misi ketenteraan yang menyasarkan puak pemberontak Kurdis di Syria akan dijalankan dalam empat fasa agar membina sebuah kawasan keselamatan kira-kira sejauh 30 kilometer di Afrin. Menurut beliau, tindakan tersebut hanya menyasarkan pengganas, bukan rakyat jelata dan juga tidak akan menjejaskan proses Astana isu Syria dan jadual sidang kemuncak yang bakal diadakan di Soch.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China