Cari:
China Mahu Buat Autobomil Berkuasa Elektrik yang Bermutu Tinggi
2018-01-22 14:45:46 CRI Cetak

Baru-baru ini, Forum Perhimpunan Seratus Orang Automobil Berkuasa Elektrik China 2018 talah diadakan di Beijing. Dalam forum selama dua hari yang bertemakan "pegang hala tuju pembaharuan sejagat, wujudkan pembangunan bermutu tinggi" telah menarik lebih seribu peserta dari dalam dan luar negara yang melibatkan kalangan politik, industri, akademik dan pengajian untuk bersama-sama membincangkan kaedah pembangunan industri automobil berkuasa elektrik yang mesra alam.

Menteri Sains dan Teknologi China, Wan Gang dalam forum tersebut memaklumkan bahawa jumlah penjualan automobil berkuasa elektrik di beberapa negara utama telah melebihi 1.42 juta buah pada tahun 2017, antaranya di China mencatat 777 ribu buah.

Sekarang pembangunan automobil berkuasa elektrik di China masih menghadapi banyak masalah termasuk hayat bateri dan kemudahan perkhidmatan berkenaan tidak mencukupi, sistem pengendalian kurang sempurna serta dasar, standardisasi dan peraturan berkenaan masih jauh dari selaras dengan perkembangan industri itu.

Sehubungan masalah-masalah tersebut, Wan Gang menyatakan bahawa China komited mengambil kira inovasi sains dan teknologi, transformasi dan penaiktarafan dan penggubalan dasar berkenaan untuk menggalakkan pembangunan industri automobil berkuasa elektrik yang bermutu tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China