Cari:
Dialog di Semenanjung Korea Diharap Diteruskan Pasca Sukan Olimpik Musim Sejuk
2018-01-23 15:19:15 CRI Cetak

Suasana berdialog di Semenanjung Korea yang direalisasikan melalui peluang Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang seharusnya diteruskan setelah temasya sukan itu berakhir. Ini memerlukan kecerdasan dan perjuangan. Demikian dinyatakan Korea Selatan, Moon Jae-in semalam.

Beliau berkata, penglibatan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk di Pyeongchang amat bermakna bagi menjayakan temasya sukan itu dan membawa faedah kepada pembangunan ekonomi Korea Selatan.

Moon Jae-in berkata, dialog antara selatan dengan utara seharusnya diperluas ke arah Dialog DPRK-Amerika Syarikat (AS), kerana saluran dialog yang pelbagai dipercayai dapat membantu penyelesaian isu nuklear di Semenanjung Korea secara damai, dan boleh mendatangkan keamanan dan kemakmuran yang berterusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China