Cari:
Mesyuarat Peringkat Menteri Forum China-Amerika Latin Berakhir
2018-01-24 11:25:35 CRI Cetak

Mesyuarat Peringkat Menteri Forum China-Amerika Latin telah berakhir dengan tercapainya hasil yang memuaskan. China dan Amerika Latin bersetuju mengekalkan amalan multilateral, melindungi mekanisme perdagangan bebas, berusaha untuk membina ekonomi dunia yang terbuka, mendorong globalisasi ekonomi berkembang ke arah yang inklusif, menguntungkan keseluruhan, seimbang dan menang-menang.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Chile, Heraldo Muñoz dan Salvador, Hugo Martínez dalam sidang akhbar pada 22 Januari lalu waktu tempatan.

Wang Yi berkata, inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping telah mendapat respons baik pelbagai pihak terlibat dalam mesyuarat kali ini yang turut mengeluarkan satu kenyataan khas B&R.

Menurut beliau, cadangan berkaitan bagaimana mengintensifkan rangka kerjasama "1+3+6" China-Amerika Latin telah mendapat respons positif pihak Amerika Latih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China