Cari:
Mike Pence: Rancangan Keamanan Asia Barat Bergantung kepada Palestin
2018-01-24 13:54:51 CRI Cetak

Timbalan Presiden AS, Mike Pence yang sedang melawat di Israel semalam menyatakan kepada media bahawa jadual AS mengeluarkan rancangan keamanan Asia Barat bergantung kepada pihak Palestin.

Pence berkata, AS sentiasa berinteraksi dengan negara yang terbabit untuk cuba membina satu rangka keamanan, namun "semua ini bergantung kepada bila pihak Palestin kembali ke meja rundingan".

Mike Pence telah menyampaikan ucapan dalam Parlimen Israel, namun pendiriannya mendapat bantahan daripada ahli Parlimen dari parti politik Arab. Pence disifatkan sebagai orang yang "tidak dialu-alukan", bahkan terdapat orang memegang papan tertulis "Baitulmuqaddis ialah ibu kota Palestin".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China