Cari:
Forum Ekonomi Dunia Fokuskan Kerjasama Antarabangsa
2018-01-24 11:06:13 CRI Cetak

Sidang Tahunan Forum Ekonomi Dunia ke-48 yang bertemakan "kongsi nasib dalam dunia yang semakin berbeza" telah dirasmikan di Davos, Switzerland semalam, dengan menfokuskan perbincangan terhadap erti kerjasama antarabangsa semasa persaingan geostrategi yang semakin sengit, di samping isu isu yang penting yang melibatkan keselamatan antarabangsa, perlindungan alam sekitar dan ekonomi sejagat.

Presiden Switzerland, Alain Berset dalam majlis perasmian sidang itu menyampaikan ucapan sebagai berkata, pelbagai pihak mempunyai pendapat yang berbeza mengenai isu isu seperti perubahan iklim, antikeganasan dan sektor kedamaian dan keselamatan. Beliau menganggap tahun 2018 perlu dilihat sebagai tahun kerjasama antarabangsa dan multilateralisme.

Beliau mencadangkan agar menggalakkan globalisasi, mutilateralisme dan perdagangan bebas bagi mengatasi krisis yang sama. Selain itu, membina sistem sosial yang lebih adil melalui meningkatkan kedudukan perseorangan dalam masyarakat dan memperbaiki kesamarataan keseluruhan masyarakat.

Dalam sidang yang selama empat hari ini, lebih 400 buah perbincangan akan diadakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China