Cari:
Kongres AS Luluskan Rang Undang-undang Peruntukan Dana Sementara
2018-01-24 13:04:03 CRI Cetak

Kongres Amerika Syrikat (AS) kelmarin telah meluluskan rang undang-undang peruntukan dana sementara supaya pentadbiran kerajaan dapat terus beroperasi hingga 8 Februari.

Dewan Perwakilan dan Senat AS masing-masing meluluskan rang undang-undang itu dengan keputusan undi 266 setuju dan 150 menentang serta 81 setuju dan 18 menentang. Presiden AS, Donald Trump kemudian menandatangani rang undang-undang itu pada hari yang sama.

Jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders dalam sidang media kelmarin menyatakan bahawa oleh sebab pentadbiran kerajaan yang terhenti sebelum ini beroperasi semula, Trump akan bertolak ke Davos untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia menurut jadual.

Oleh sebab Parti Demokratik dan Parti Republikan mempunyai perselisihan besar dalam isu pendatang remaja haram yang memasuki AS, rang undang-undang peruntukan sementara tersebut gagal diluluskan dalam Senat dan terus mengakibatkan operasi jabatan bukan teras dalam kerajaan berhenti sejak 20 Januari lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China