Jabatan Pengangkutan Awam Provinsi Alexandria Mesir dan Syarikat Berhad BYD China semalam menandatangani perjanjian penempahan 15 buah bas jenis K9 yang berkuasa elektrik, yang menjadi tempahan pertama bas elektrik di Mesir.
Gabenor Provinsi Alexandria berkata, ini merupakan percubaan kerjasama baharu untuk membaiki persekitaran pengangkutan bandar, memperkenalkan lalu lintas yang berdasarkan penggunaan tenaga alternatif dan merealisasikan pembangunan berterusan di Mesir.
Pengurus Besar Bahagian Penjualan BYD di Asia Barat dan Afrika, Huang Zhixue berkata, pihaknya merancang memperkenalkan bas dan teksi elektrik serta monorel kepada Mesir agar membantu menyelesaikan kesesatan lalu lintas dan pencemaran tempatan.
Dimaklumkan bahawa pada Oktober tahun lalu, kedua-dua pihak telah menandatangani memorandum persefahaman tentang projek monorel yang melibatkan pembinaan sejauh 130 kilometer.