Cari:
China Kekurangan Doktor GP
2018-01-25 15:32:42 CRI Cetak

China akan menyempurnakan sistem pendidikan doktor GP (general practitioner) menjelang tahun 2020, dengan menyasarkan pencapaian setiap 10 ribu penduduk bandar boleh memiliki 2 hingga 3 orang doktor GP secara purata. Demikian dinyatakan Naib Menteri Jawatankuasa Kesihatan dan Perancangan Keluarga Negara China (NHFPC), Zeng Yixin semalam.

Setakat hujung tahun 2016, terdapat seramai 209 ribu orang doktor GP yang terdaftar di seluruh China, iaitu menduduki 6.6% jumlah keseluruhan doktor yang berlesen, jauh lebih rendah daripada kadar di negara maju yang mencecah 30% hingga 40%. Seiring dengan bertambahnya kes penyakit kronik kebelakangan ini, doktor GP yang mengetahui pencegahan, perubatan, penyembuhan, penjagaan dan dasar jaminan kesihatan menjadi semakin diperlukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China