Walaupun tidak mengakibatkan kecederaan dan kematian, kejadian kali ini sekali lagi membangkitkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan terhadap pangkalan tentera AS di Futenma.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera menyatakan bahawa insiden pesawat dan helikopter milik pangkalan tentera AS di Jepun yang berlaku pada 2017 mencatat 25 kes, lebih dua kali ganda berbanding dengan yang berlaku pada tahun sebelumnya.
Menurut perjanjian yang telah dimeterai antara kerajaan Jepun dengan AS, pangkalan tentera AS di Futenma dijadualkan akan dipindahkan ke Henoko, bandar Noga, Okinamwa pada masa yang akan datang.