Cari:
DPRK Seru Perbaiki Hubungan Utara-Selatan
2018-01-26 14:50:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dengan Korea Selatan diharap dapat membaik pulih hubungan bilateral dengan secepat mungkin agar melancarkan pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Demikian gesaan sebulat suara dari kerajaan, parti-parti dan pertubuhan politik DPRK ketika mengadakan mesyuarat bersama di Pyongyang pada 24 Januari lalu.

Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), mesyuarat kali ini mengusulkan bahawa DPRK dengan Korea Selatan patutlah meredakan ketegangan situasi di Semenanjung Korea, menjalankan intekrasi, pertukaran dan kerjasama secara meluas antara kedua-dua pihak demi menghapuskan salah faham dan menghilangkan rasa kurang percaya antara satu sama lain.

Dalam pandangan para peserta mesyuarat itu, hal yang paling penting pada tahun ini ialah membina suasana yang aman dan damai di Semenanjung Korea. Kerajaan Korea Selatan patut menangguhkan latihan tentera bersama dengan Amerika Syarikat (AS) dan menamatkan tindakan untuk mengimport senjata daripada negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China