Cari:
Pengiktirafan Antarabangsa terhadap AIIB Semakin Meluas
2018-01-26 15:56:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) telah mendapat pengiktirafan daripada tiga agensi penarafan kredit utama dan Jawatankuasa Penyeliaan Perbankan Basel (Basel Committee on Banking Supervision, BCBS) setelah beroperasi selama 18 bulan sejak ia ditubuhkan.

Demikian dinyatakan oleh Presiden AIIB, Jin Liqun ketika menghadiri satu aktiviti yang dianjurkan bersama oleh kumpulan pemikir Eropah, Bruegel dan kumpulan pemikir Belgium, Institut Kajian Hubungan Antarbangsa Diraja Egmont baru-baru ini.

Jin berkata, projek-projek baik di rantau Asia, mahupun di rantau yang lain boleh mendapat penanaman modal daripada AIIB sekiranya ia dikenalpasti akan menjanakan pembanguan rantau Asia.

Menurut data-data pihak rasmi, AIIB telah membekalkan pinjaman yang bernilai lebih USD420 juta (RM16.26 bilion) terhadap 24 buah program dalam tempoh operasinya selama hampir dua tahun yang lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China