Cari:
Empat Langkah Utama dalam Pembaharuan Undang-undang Imigran AS
2018-01-26 14:23:07 CRI Cetak

Rumah Putih Amerika Syrikat (AS) kelmarin telah mengeluarkan tuntutan terhadap pembaharuan undang-undang imigran dan menyatakan akan menyerahkan dokumen berkenaan kepada Kongres secara rasmi untuk dibahas pada minggu depan.

Rumah Putih dalam kenyataan yang dikeluarkannya menyatakan bahawa pembaharuan undang-undang imigran perlu melibatkan empat bidang, iaitu meningkatkan pemeliharaan keselamatan di kawasan sempadan serta menyempurnakan undang-undang berkenaan, membatalkan cara kemasukan berdasarkan keluarga, membatalkan sistem pemberian visa secara 'loteri' dan mencari satu cadangan yang bersifat 'abadi' bagi menggantikan dasar 'Dream Chaser'.

Rangka rang undang-undang yang melibatkan empat bidang tersebut telah mengekalkan tuntutan Presiden Donald Trump sejak beliau menyandang jawatannya.

Dasar 'Dream Chaser' adalah rancangan 'Menangguhkan penghantaran balik pendatang kanak-kanak yang haram ketika memasuki AS' yang ditandatangani oleh bekas Presiden Obama dan berkuatkuasa pada tahun 2012. Presiden Trump mengumumkan untuk membatalkan rancangan itu pada bulan September tahun 2017, dan pembatalan itu ditanguhkan selama enam bulan supaya membolehkan Kongres menggubal dasar penggantiannya. Dijangka langkah tersebut akan membawa impak kepada kira-kira 800 ribu orang pendatang muda yang haram.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China