Cari:
Kertas Putih China tentang Dasar Kutub Utara Dikeluarkan
2018-01-26 16:15:21 CRI Cetak

Pejabat Penerangan Dewan Negara China hari ini mengeluarkan kertas putih mengenai Dasar Kutub Utara China.

Kertas putih yang dikeluarkan oleh China mengenai dasar kutub utara yang pertama ini terdiri daripada empat bahagian dengan mengandungi kira-kira 9,000 perkataan yang melibatkan situasi dan perubahan kutub utara, hubungan China dengan kutub utara, sasaran dan prinsip asas dasar kutub utara China, dasar dan anjuran utama penglibatan China dalam urusan kutub utara.

Menurut Kertas putih itu, isu kutub utara dilihat bukan sahaja isu antara negara-negara kutub utara dan isu rantau itu, bahkan melibatkan kepentingan negara di luar rantau itu dan kepenting keseluruhan masyarakat antarabangsa, berkait rapat dengan kehidupan dan pembangunan yang sama bagi umat manusia, dan mempunyai erti sejagat serta pengaruh global.

Kertas putih itu menyatakan bahawa China menanjurkan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan dan merupakan penglibat, pembina dan penyumbang urusan kutub utara, dan China berusaha menyumbang kebijaksanaan dan tenaga dalam membangunkan kutub utara.

Situasi alam sekitar kutub utara dan perubahannya membawa impak terus kepada sistem cuaca dan ekologi alam China, yang berkait rapat dengan kepentingan ekonomi China yang melibatkan pertanian, perhutanan, perikantan dan kelautan.

Kertas putih itu menyatakan bahawa sebagai negara yang bertanggungjawab, China bersedia memegang prinsip menghormati, bekerjasama, mewujudkan situasi menang-menang dan melakukan pembangunan secara berterusan, berusaha bersama-sama dengan pihak-pihak terlibat, merebut peluang pembangunan kutub utara yang bersifat sejarah, giat menyahut cabaran yang didatangkan perubahan kutub utara, bersama-sama mempelajari, melindungi, mengunakan dan melibatkan diri dalam tadbir urus kutub utara, dengan aktif menggalakkan kerjasama kutub utara dalam pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, dan menyumbang kepada kedamaian, kestabilan serta pembangunan berterusan kutub utara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China