Cari:
Gencatan Senjata Dilaksanakan di Kawasan Ghouta Syria
2018-01-27 14:39:08 CRI Cetak

Wakil kerajaan Syria dan pihak pembangkang mencapai perjanjian untuk mewujudkan gencatan senjata di kawasan Ghouta, timur Damsyik dalam rundingan damai isu Syira pusingan baharu di Vienna, Austria semalam.

Menurut perjanjian tersebut, gencatan senjata akan dilaksanakan secara menyeluruh di kawasan Ghouta bermula pukul 12.00 malam 26 Januari waktu tempatan Damsyik. Bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke kawasan kepungan. Sementara itu, tentera kerajaan dan pemberontak akan bertukar-tukar tawanan.

Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Staffan de Mistura telah mengadakan rundingan dengan wakil kerajaan Syria dan wakil pihak pembangkang Syria sempena rundingan damai di Vienna pada 25 dan 26 Januari lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China