Cari:
PBB Seru Gencatan Senjata Semasa Sukan Olimpik
2018-01-27 15:25:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pelbagai negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa menyahut seruan inisiatif "gencatan senjata Olimpik" semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-23 dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk diadakan di Pyeong Chang, Korea Selatan pada Februari nanti.

Seruan demikian dinyatakan oleh Presiden Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-72, Miroslav Lajcak dalam kenyataannya pada 26 Januari lalu.

Lajcak menggesa negara-negara terlibat agar menunaikan komitmen berkenaan dan mengambil tindakan konkrit supaya mewujudkan suasana damai harmoni antara serantau, negara-negara bahkah seluruh dunia.

Beliau turut menyeru semua pihak yang berkonflik di dunia merealisasikan gencatan senjata yang sebenar dalam tempoh "gencatan senjata Olimpik" tersebut.

Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-23 dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk akan diadakan di Pyeong Chang masing-masing pada 9 hingga 25 Feburari dan 9 hingga 18 Mac depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China