Cari:
Syria Tolak Pelan Perdamaian Lima Negara
2018-01-28 14:37:46 CRI Cetak

Kerajaan Syria menolak pelan penyelesaian konflik Syria yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Arab Saudi dan Jordan. Demikian dinyatakan ketua delegasi kerajaan Syria bagi rundingan damai isu Syria pusinga baharu, merangkap Wakil Tetap Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Bashar al-Jaafari kelmarin.

Sebelum ini, lima negara tersebut telah menyerahkan sebuah dokumen kepada Utusan Khas Setiausaha Agung PBB atas Isu Syria, De Mistura yang menuntut perbincangan mengenai pembaharuan sistem politik dan pemilihan yang terbuka dan bebas diadakan sempena rundingan damai kali ini. Bashar al-Jaafari berkata, pihaknya menolak "setiap ayat dan perkataan" dalam dokumen pelan tersebut. Kerajaan Syria menyetujui Persidangan Dialog Kebangsaan Syria yang dicadangkan Rusia, Turki dan Iran dan akan menyertai persidangan itu nanti.

Walau bagaimanapun, puak pembangkang Syria menentang persidangan tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova berkata semalam, wakil puak Kurdish Syria akan menghadiri persidangan dialog kebangsaan tersebut yang dijadualkan di Sochi, Rusia pada 29 hingga 30 Januari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China