Cari:
Wakil PBB akan Hadir Persidangan Dialog Kebangsaan Syria
2018-01-28 14:38:49 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres akan menghantar wakil untuk menyertai Persidangan Dialog Kebangsaan Syria yang diterajui Rusia. Demikian diumumkan Jurucakap Guterres, Stephane Dujarric semalam.

Dimaklumkan, Guterres telah mendengar laporan Utusan Khas atas Isu Syria, Staffan de Mistura berhubung rundingan damai pusingan baharu di Vienna. Memandangkan kenyataan Rusia bahawa hasil persidangan yang bakal diadakan di Sochi itu akan menjadi sebahagian dialog damai Geneva, maka Guterres memutuskan untuk menerima undangan Rusia dan menghantar De Mistura menyertai persidangan itu.

Guterres percaya, persidangan di Sochi itu akan menyumbang kepada dialog damai Geneva yang diketuai PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China