Cari:
95 Maut Serangan Ganas di Kabul
2018-01-28 14:37:38 CRI Cetak

Menurut Kementerian Kesihatan Awam Afghanistan, jumlah mangsa korban dalam serangan letupan bom kereta pusat bandar Kabul, ibu negara Afghanistan telah meningkat kepada 95 orang, manakala 163 lagi cedera.

Jurucakap kementerian tersebut, Whahid Majroh berkata, serangan itu berlaku di sebatang jalan utama di pusat bandar Kabul pada kira-kira 12.50 petang semalam waktu tempatan.

Penyerang terbabit memandu sebuah ambulans dan meletupkan bahan letupan dalam ambulans itu.

Kumpulan Taliban di Afghanistan mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Ini merupakan serangan teruk kali kedua oleh Taliban di Kabul pada bulan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Pasir Dilitupi Salji

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China