Cari:
PBB Kecam Serangan di Kabul
2018-01-28 14:38:11 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengeluarkan kenyataan media, mengecam sekeras-kerasnya serangan letupan bom berani mati di pusat bandar Kabul, ibu negara Afghanistan, di samping menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa korban dan kerajaan Afghanistan.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres juga mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya untuk mengecam serangan itu.

Majlis Keselamatan PBB menegaskan bahawa sebarang keganasan dalam apa jua bentuk merupakan ancaman serius terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan semua negara patut berusaha mencegah serangan ganas.

Sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh, manakala 163 lagi cedera dalam serang letupan kereta di pusat Kabul semalam.

Taliban di Afghanistan mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China