Cari:
Hubungan China-Jepun Diharap Kembali ke Landasan Betul
2018-01-28 14:14:58 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Jepun, Taro Kono mengadakan rundingan di Wisma Tetamu Negara Diaoyutai Beijing hari ini.

Wang Yi menyatakan bahawa tahun ini ulang tahun ke-40 terjalinnya perjanjian hubungan persahabatan China-Jepun dan ini mempunyai erti istimewa dan penting bagi hubungan kedua-dua negara. Lawatan Taro Kono pada awal tahun ini mencerminkan keinginan kuat kerajaan Jepun untuk memperbaiki hubungan dengan China. China berharap lawatan ini dapat mencapai hasil yang baik.

Wang Yi berkata, memperbaiki dan mengembangkan hubungan China-Jepun bersesuaian dengan kepentingan kedua-dua negara dan juga hasrat rakyat kedua-dua negara. Hubungan China-Jepun sekarang berada pada fasa yang amat penting. Ia mencapai kemajuan namun masih menghadapi banyak gangguan dan halangan. Perkembangan hubungan China-Jepun sentiasa disifat seperti perahu berlayar mudik pasti dihanyut mundur jika tidak berusaha maju. China amat mengambil berat manifestasi Jepun yang positif tentang hubungan bilateral baru-baru ini, terutamanya Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam ucapannya di parlimen yang menyatakan akan menjadikan usaha memperbaiki hubungan dengan China sebagai keutamaan dalam pentadbirannya. China berharap Jepun bersikap teguh dan mengambil tindakan yang benar-benar berusaha bersama dengan China untuk mendorong hubungan kedua-dua negara ini kembali ke landasan yang normal dan perkembangan yang sihat dengan seawal mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China