Cari:
Cetakan Semula Jilid Pertama "Xi Jinping: Pentadbiran China"
2018-01-28 14:17:13 CRI Cetak

Buku "Xi Jinping: Pentadbiran China" yang diterbitkan pada September 2014 telah dipinda dan diubah nama menjadi Jilid Pertama "Xi Jinping: Pentadbiran China" dan dicetak semula oleh Percetakan Bahasa Asing dan dilancarkan di pasaran di dalam dan luar negara.

Buku tersebut telah mengumpulkan 79 ucapan, kenyataan, temu bual, arahan dan perutusan tahniah yang penting oleh Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping selepas Kongres Kebangsaan ke-18 PKC berakhir hingga 13 Jun 2014. Setakat ini, 27 versi buku "Xi Jinping: Pentadbiran China" dalam 24 jenis bahasa telah dilancarkan di pasaran dalam dan luar negara, dan mendapat sambutan hangat.

Selepas Kongres Kebangsaan ke-19 PKC berakhir, jilid kedua buku tersebut telah dilancarkan pada November tahun 2017 bagi membantu pembaca mengetahui fikiran Xi Jinping mengenai sosialis bercirikan China pada era baharu. Serentak itu, jilid pertama buku itu dicetak semula untuk memenuhi permintaan para pembaca.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China