Cari:
8 Maut Konflik di Yemen
2018-01-29 13:28:46 CRI Cetak

Konflik berlaku antara tentera kerajaan Yemen dan kumpulan bersenjata suruhanjaya peralihan selatan di Aden, ibu negara sementara Yemen tengah hari semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya 8 orang maut, manakala 15 lagi cedera.

Menurut laporan media tempatan, pasukan pengawal presiden tentera kerajaan Yemen melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang menyokong suruhanjaya peralihan selatan di Aden, menyebabkan 15 orang cedera. Kumpulan bersenjata suruhanjaya peralihan itu kemudian berkejar ke tempat tersebut untuk melindungi penunjuk perasaan, sebelum tercetusnya konflik kekerasan.

Pada petang semalam, Perdana Menteri Yemen, Ahmed Obeid Bin Dagher menggesa kedua-dua pihak menghentikan tindakan kekerasan dan semua kumpulan bersenjata kembali ke kawasan masing-masing tanpa syarat.

Beberapa jam sebelum konflik tersebut, kerajaan Yemen baru mengeluarkan arahan mengharamkan tunjuk perasaan secara damai oleh suruhanjaya peralihan selatan.

Sebelum ini, kerajaan Yemen menyatakan bahawa semua militan antikerjaan di kawasan selatan mesti dibubarkan. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pula mendakwa akan menggunakan cara kekerasan untuk mematahkan semua tunjuk perasaan dan perhimpunan antikerajaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China