Cari:
Li Keqiang Ditemui Taro Kono
2018-01-29 13:50:14 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Menteri Luar Jepun, Taro Kono di Beijing petang semalam. Li berkata, China dan Jepun harus mengambil peluang ulang tahun ke-40 Perjanjian Persahabatan dan Keamanan China-Jepun pada tahun ini, menyemarakkan semangat perjanjian ini, menyelesaikan masalah sejarah yang sensitif dan perselisihan dua hala, agar membawa hubungan kedua-dua negara kembali ke jalan yang betul.

Beliau menyatakan, kini hubungan China dengan Jepun kian pulih, namun masih berdepan dengan beberapa unsur yang tidak menentu. Oleh itu, China dan Jepun harus menghargai trend pemulihan ini.

Li menegaskan, hubungan China-Jepun bukan sahaja urusan kedua-dua negara, malah memberikan pengaruh besar kepada rantau ini bahkan dunia. Pihak Jepun diharap membina suasana yang baik bagi meluaskan kerjasama kedua-dua negara, dan memulihkan sistem dialog di Asia Timur.

Taro Kono pula menyatakan, pihaknya bersedia membaiki dan mengeratkan hubungan dengan China. Jepun berharap sidang pemimpin Jepun, China dan Korea Selatan dapat dipulihkan secepat mungkin, dan mengalu-alukan Perdana Menteri Li Keqiang melawat ke Jepun.

Beliau menambah, ekonomi China dan Jepun saling melengkapi. Jepun bersedia bekerjasama dengan China untuk memulihkan dialog ekonomi tinggi China-Jepun dan memperluaskan kerjasama, agar mengeratkan persahabatan dan membawa hubungan kedua-dua negara ke landasan perkembangan yang sihat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China