Presiden China, Xi Jinping menyampaikan dua ucapan yang penting masing-masing di Davos dan Geneva, Switzerland setahun yang lalu. Ucapan beliau telah menghuraikan anjuran China tentang globalisasi ekonomi dan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan. Dua ucapan tersebut telah menunjukkan arah perkembangan bagi umat manusia kelak dan diberikan perhatian yang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.
Sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang diadakan di Davos pada tahun ini bertemakan "membina nasib bersama dalam dunia yang berubah".
Pengasas dan pengerusi eksekutif forum itu, Prof. Klaus Schwab yang berusia 80 tahun berkata, tema sidang tahun ini ialah kesinambungan bagi konsep yang dikemukakan oleh Presiden Xi untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Dalam tempoh lima tahun yang lalu, China secara aktif melibatkan diri dalam tadbir urus global, dan operasi antarabangsa yang penting, di samping menyumbangkan pelan penyelesaian sendiri bagi menangani pelbagai masalah di dunia.