Cari:
EU akan Bertindak Hadapi Sekatan Perdagangan AS
2018-01-30 15:06:36 CRI Cetak

Berikutan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengkritik dasar perdagangan Kesatuan Eropah (EU) yang tidak adil pada 28 Januari lalu, EU membuat respons bahawa sekiranya AS menjalankan sekatan perdagangan, maka EU akan mengambil tindakan balas dengan segera.

Jurucakap Suruhanjaya EU, Margaritis Skinas dalam sidang media semalam berkata, dasar perdagangan bukan permainan zero-sum, ia sepatutnya situasi menang-menang. Skinas menegaskan peraturan mesti dipatuhi dalam perdagangan, EU bersiap sedia untuk mengambil tindakan balas sekiranya AS mengenakan sekatan perdagangan.

Dalam wawancara bersama Independent Television Britain pada 28 Januari lalu, Trump menyatakan bahawa produk AS sukar untuk dieksport ke pasaran EU, namun produk EU boleh memasuki pasaran AS dengan tarif yang rendah malah sifar. Beliau menganggap ini tidak adil. Trump membayangkan bahawa AS mungkin akan menjalankan tindakan balas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China