Cari:
China Alu-alukan Pelaburan Asing
2018-01-31 15:09:18 CRI Cetak

China akan terus membina suasana pelaburan dan perniagaan yang lebih adil, telus dan boleh dijangkakan kepada pelabur asing.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying ketika menjawap soalan tentang laporan yang diumumkan Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS) di China dalam sidang akhbar semalam.

Berdasarkan laporan tersebut, banyak syarikat AS optimistik terhadap pertumbuhan ekonomi China, namun ada syarikat mendakwa diberi layanan yang kurang adil di negara ini.

Hua berkata, China mempunyai golongan berpendapatan sederhana sejumlah 400 juta orang, dan jumlah itu akan terus meningkat. Pasaran domestik yang besar ini membekalkan peluang dan ruang pembangunan yang meluas kepada syarikat pelbagai negara termasuk AS.

Tahun ini ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Pintu China yang telah dibuka tidak akan ditutup lagi. Menarik modal asing adalah komponen penting bagi dasar tersebut. China akan memaksimumkan peranan pasaran dalam pengagihan sumber tenaga, melindungi harta khususnya harta intelek, menggalakkan persaingan dan menentang monopoli, melonggarkan akses pasaran dan meningkatkan tahap keterbukaan industri perkhidmatan terutamanya kewangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China