Menurut pihak polis India, jumlah mangsa korban dalam kemalangan bas di provinsi Bengal Barat, timur India meningkat kepada 45 orang. Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.
Bas berkenaan telah diangkut keluar dari sungai. Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap punca kemalangan. Walau bagaimanapun, penumpang yang terselamat mendakwa bahawa pemandu bas berkenaan sedang menggunakan telefom bimbit ketika berlakunya kemalangan itu.
Menurut laporan media tempatan, lokasi kemalangan terletak di tempat sejauh 200 kilometer dari Calcutta, ibu kota provinsi Bengal Barat. Bas yang membawa kira-kira 60 orang itu hilang kawalan apabila mengelakkan berlanggar dengan kereta yang lain sebelum terhumban ke dalam sungai. Hanya 6 orang penumpang berjaya berenang ke tepi sungai.