Sejumlah puak pemberontak Syria berbuat kesalahan politik kerana menolak Persidangan Dialog Kebangsaan Syria di Sochi, Rusia. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova semalam.
Dalam sidang akhbar semalam, Zakharova berkata, usaha Rusia bagi menangguhkan persidangan dialog itu dan memujuk puak pemberontak Syria menyertainya, tidak berjaya.
Dimaklumkan, para peserta menyeru agar memulihkan keamanan, memastikan perdamaian pelbagai kaum, penyatupaduan negara, keutuhan wilayah, dan keselamatan dan hak rakyat terjamin. Hasilan itu diharap mendorong Dialog Damai di Geneva dan Astana.
Dimaklumkan, lebih 1,500 perwakilan Syria menyertai persidangan di Sochi. Namun Jawatankuasa Perundingan Tinggi (HNC) yang disokong Arab Saudi dan Parti Persekutuan Demokratik Kurdish yang disokong Amerika Syarikat tidak menghadiri persidangan tersebut.